assalamualaikum.. :)
post ni copy paste from fb.. hehe
mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin
berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas
nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.
mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah
berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.
mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia
takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah
habis dicari.
mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia
tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang
miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.
mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah
itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja
Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.
mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia
melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat
pahala lagi.
mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih
bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga
menjadi lebih produktif.
mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk
bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada
yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.
mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah
pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka
benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.
mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah
berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang
lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.
mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini
sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih
lebih banyak pengalaman.
mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun
kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu,
bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.
mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak
menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon
isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.
mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa
memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita
berharap kepadaNya.
mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk
meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak
dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak
dan ayah ini, amin.
jom kahwin!! huhuhuhu